Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Saksikan video pendek di link youtube diberikan mengenai Projek Telaga Air Ke 2 yang telah siap.
Penantian begitu lama berakhir dengan terbinanya Telaga Air dengan pam bermotor.
Ini semua hasil wakaf dan infaq anda semua. Terima kasih!
Kami akan melaksanakan Projek Telaga Air Ke 3 di Sabah selepas Ibadah Korban. Namun ia bergantung kepada wakaf dan infaq anda.
Ayuh teruskan wakaf dan infaq anda!
TELAGA AIR 2 SIAP
22/6/2022, Pulau Banggi.
Alhamdulillah, Telaga Air 2 telah siap sepenuhnya. Bermanfaat untuk lebih 100 penduduk dan surau di sini yang mana 100% penduduk Islam.
Terima kasih semua pewakaf dan penyumbang.
CADANGAN TELAGA AIR 3
Kami akan melawat tapak cadangan telaga air 3, di Pitas, Sabah. Kampung ini 100% mengharapkan air hujan.
Jom sekali lagi kita wakaf telaga air untuk rakyat Malaysia.
Gandakan saham untuk Akhirat anda!
Tiada harta milik kita selama-lamanya, tetapi harta yang diwakaf pahalanya berterusan untuk kita.
PROJEK TELAGA AIR 1 FASA 2
Alhamdulillah, pada 15-16 Jun 2022, pihak kontraktor kami telah ke Pulau Tanjung Manawali sekali lagi untuk:
1) Menutup tempat simpan pam air (3 buah, iaitu untuk sekolah, rumah penduduk dan untuk Masjid Ar Raihan)
2) Membaiki paip di tandas sekolah supaya murid-murid boleh guna air telaga dalam tandas
3) Menyalurkan air telaga terus ke tangki-tangki rumah guru
4) Memasang sinki untuk kantin sekolah
5) Memang paip dan salurkan air terus ke tangki Masjid Ar Raihan. Kini masjid tidak lagi menghadapi masalah kekurang air untuk berwuduk dan pencucian
Terima kasih sumbangan anda semua.
PROJEK TELAGA AIR 2
Projek seterusnya adalah Telaga Ke 2 akan dilaksanakan di satu lagi pulau, iaitu Pulau Banggi, iaitu:
- Kampung Bayangan Laut
- Air telaga untuk lebih 100 penduduk
- Dan juga Surau
- Sekarang mereka hanya menadah air hujan
Teruskan menyumbang kerana kos pembinaan telaga air juga melibatkan plumbing, pemasangan tangki dan pam air. Semua barang-barang binaan hanya boleh di bawa ke pulau-pulau ini dengan sebuah kapal kecil yang perlu disewa khas.
Ayuh, gandakan pahala anda pada hari Juma'at ini.
13/6/2022 - Bandar Kudat, Sabah
Pembelian barang-barang binaan untuk 2 projek:
1) Telaga Air 1 Fasa 2 untuk Pulau Tanjung Manawali. Fasa 1 (telah siap) mengorek dan membina telaga air serta menyalurkan air ke SK Tanjung Manawali dan Kampung Tanjung Manawali. Fasa 2 pula adalah membeli engin pam air tambahan dan paip gulung serta barang lain untuk menyambung dan menyalurkan air dari Telaga 1 ke Masjid Ar Raihan, satu-satunya masjid di pulau ini.
2) Telaga Air 2 untuk Kampung Bayangan Laut dan Surau di situ, yang terletak di Pulau Banggi, Kudat. Telaga ini akan mula pembinaan dan dijangka siap dalam seminggu.
Lihatlah sendiri barang-barang yang dibeli, terpaksa diangkut dengan lori kemudia dipunggah ke dalam kapal yang disewa khas, kapal itu pula akan menghantar barang-barang binaan ini ke 2 buah pulau yang berjarak 1 jam perjalanan bot laju antara satu sama lain. Sebab itu kos amat tinggi sekali.
Terima kasih kepada anda yang telah berwakaf / infaq untuk Projek Telaga Air untuk rakyat Malaysia.
Sumbangan masih diperlukan untuk menyiapkan Telaga Ke 2 dan juga akan dibangunakan pula Telaga Ke 3 dan Ke 4.
Insya Allah, ini adalah lakaran draf # 1 pembinaan telaga air di Kg Bayangan, Pulau Banggi, Sabah.
Telaga ini akan menyalurkan air ke Surau dan kampung di sini apabila siap kelak.
Kos pembinaan telaga ini amat mahal kerana barang-barang binaan hanya boleh dibeli di tanah besar dan diangkut menggunakan kapal kecil ke pulau ini.
Ayuh tuan / puan yang boleh berwakaf atau ingin menambah saham akhirat, kita sama-sama menyumbang pembinaan telaga air ke 2 untuk negara kita Malaysia.
28/5/2022, Pulau Tanjung Manawali, Kudat, Sabah
Alhamdulillah, kami telah melawat dan membuat kajian untuk pembinaan telaga untuk Masjid Ar-Raihan (bersaiz surau sahaja), iaitu satu-satunya masjid di pulau ini.
Kami juga meninjau telaga 1 yang telah siap.
Didapati, saiz telaga 1 adalah 3 kali ganda dari telaga biasa dan air sungguh banyak, tidak berbau dan bersih. Alhamdulillah. Telaga 1 ini sudah pun membekalkan air untuk SK Tg Manawali dan rumah penduduk di sini.
Kami juga dapati Masjid ini terletak hanya kurang 50 kaki dari telaga 1 ini.
Oleh itu, projek telaga 1 ini akan dilaksanakan fasa 2, iaitu tidak perlu mengorek satu lagi telaga, sebaliknya telaga 1 ini cukup besar untuk membekalkan air untuk Masjid Ar Raihan. Maka fasa 2 projek ini kami akan membeli satu lagi engin pam air, membina pondok kecil untuk keselamatan engin pam air ini, memasang paip dan menyalurkan air dari telaga 1 ini ke dalam tangki Masjid ini. Ketika fasa 1, rumah guru-guru tidak dibekalkan air telaga 1 ini kerana kekurangan dana. Maka untuk fasa 2, rumah guru-guru juga akan dibekalkan air.
Untuk makluman, pulau ini hanya boleh sampai dengan bot sewa. Sehala RM400. Guru-guru di sini amat berdedikasi hingga ada yang sudah berkhidmat di sini selama 14 tahun, walaupun pulau ini amatla terpencil dan tiada kemudahan asas termasuk air bersih pun terpaksa menadah air hujan. Oleh itu, ILTIZAM bersetuju membekalkan air telaga melalui fasa 2 projek telaga 1.
Kesimpulannya, Telaga 1 ada 2 fasa, iaitu:
Fasa 1 - korek telaga dan membekalkan air ke SK Tg Manawali (tandas dan kantin) dan rumah penduduk. Projek ini telah siap.
Fasa 2 - membeli pam air tambahan, memasang dan membekalkan air ke rumah guru-guru SK Tg Manawali dan juga ke Masjid Ar Raihan.
Telaga 2: Kini untuk Kg Bayangan Laut
Gambar: Lawatan ke Kg Bayangan Laut
Telaga 2 pula akan kami buat di Kampung Bayangan Laut, Pulau Banggi. Perjalanan melalui bot mengambil masa 1 jam dengan laut bergelora, dan perjalanan darat selama 30 minit.
Di sini, Telaga 2 akan dilaksanakan. Kampung ini terletak 5km dari jalan utama, separuh jalan perlu menaiki kenderaan pacuan 4 roda dan separuh jalan lagi hanya dengan berjalan kaki atau menaiki motorsikal. Begitulah mencabarnya untuk sampai ke sini.
Asalnya kami hanya ingin membina telaga air untuk surau di sini, yang bergantung kepada air hujan. Namun, kami dapati penduduk di sini juga bergantung dengan air hujan untuk air minum dan bersuci.
Kos untuk membina telaga di pulau-pulau ini amatlah tinggi disebabkan pengangkutan perlu bergantung sepenuhnya kepada bot yang disewa. Untuk membeli barang binaan hanya terdapat di tanah besar, iaitu di Kudat. Perlu pula menyewa bot besar untuk membawa barang binaan ini ke pulau-pulau ini.
Besarlah harapan kami supaya tuan / puan terus berwakaf / infaq untuk pembinaan telaga 2 ini.
Lebihan dari projek telaga 2 ini akan digunakan untuk projek telaga 3, yang mana akan diwar-warkan dalam masa terdekat.
Terima kasih Sumbangan.com.
Terima kasih SEMUA penyumbang.
Untuk makluman, inilah peta Pulau Tanjung Manawali. Kecil dan terpencil, untuk sampai sini amat mencabar kerana laut yang bergelora. Anda boleh membantu 250 orang lebih umat Islam di sini dengan telaga air ke 2 di pulau ini.
Jom rebut pahala Sedekah Jariyah.