RAYUAN TELAGA AIR BORING UNTUK ASNAF

Dimulakan pada:
09 Aug, 2024
RAYUAN TELAGA AIR BORING UNTUK ASNAF
100.05%
RM20,010
/RM20,000
700
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Ayuh infaq seikhlas hati untuk membina telaga air boring bagi memudahkan asnaf miskin terpilih mendapat bekalan air bersih. Bukan di luar, tapi dalam negara kita sendiri!

Umum mengetahui, sebahagian kawasan di Kelantan belum ada bekalan air paip yang stabil. Oleh itu, penduduk kawasan tersebut terpaksa bergantung dengan sumber air bawah tanah. Bagi mereka yang ada kemampuan, mereka buat telaga air boring. Bagi asnaf, mereka hanya mampu korek telaga sendiri, yang mana telaganya cetek dan kualiti air kurang baik, serta mudah pula kering ketika musim cuaca panas.

Telaga boring pula lebih selamat, dikorek sekurang-kurangnya 45 kaki dalam, tertutup dari pencemaran. Pam air letrik juga dipasang, maka air boleh dipam ke tangki rumah untuk disalurkan terus ke rumah.

Objektif projek adalah membekalkan air bersih untuk asnaf yang telah dikenal pasti dari kalangan asnaf yang paling kurang mampu. Telaga jenis boring ini lebih selamat dari pencemaran dan lebih baik kualiti air kerana dikorek lebih dalam. Dengan adanya air bersih, keluarga asnaf boleh fokus untuk menyara hidup, tidak menghabiskan wang beli air botol.

Tumpuan Projek

Lokasi projek adalah di Wakaf Bharu dan Bachok, dan di mana ada masalah yang sama di Kelantan. Kami akan menyiapkan 5 lagi telaga boring. Telaga pernah dibina ialah 2, iaitu 1 di Bachok dan 1 di Wakaf Bharu.

Kos Projek

Kos satu telaga boring bergantung kepada ke dalaman yang perlu dikorek, lagi dalam maka lagi mahal. Begitu juga jenis dan jenama pam air. Kos seunit telaga boring adalah sekitar RM1,400 hingga RM1,800. Anda boleh wakaf satu telaga boring atau sebahagiannya, atau infaq dengan seikhlas hati.

Wakaf air adalah antara bentuk sedekah jariah yang terbaik. Daripada Sa’id r.a bahawasannya Sa’ad r.a mendatangi Nabi SAW lalu bertanya,

“Sedekah apa yang paling Engkau sukai.” Jawab Baginda SAW, “Sedekah air.”

(HR. Abu Daud, no. 1679 dan An-Nasai, no. 3694; 3695; Ibnu Majah, no. 3684)

Setiap infaq anda untuk projek ini, tidak kira jumlahnya, akan membantu kami menghampiri sasaran 5 buah telaga boring. Terima kasih pertimbangan anda untuk menyokong projek ini.

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

25 Nov 2024

Alhamdulillah telah siap satu lagi telaga boring untuk saudara ini di Cabang Empat, Tumpat.

Kali ini rezeki untuk En Mohd Rahmat dan keluarga yang sekian lama menghadapi masalah air bersih.

Terima kasih kepada semua penyumbang.

30 Aug 2024

TELAGA KE 4 - KG KUBANG BATANG, WAKAF BHARU

Rumah tidak nampak macam asnaf?

En Zuki, Wakaf Bharu, beliau seorang bekas tentera, pendapatan beliau hanya bergantung dengan pencen yang tidak seberapa. Isteri suri rumah, dua anak masih bersekolah. Rumah dibina ketika berkhidmat lagi dan rumah kecil sahaja. Kini beliau diuji dengan penyakit buang pinggang dan hanya mampu berehat di rumah.

Selama ini, sumber air mereka ada telaga yang dikorek sendiri yang tidak begitu dalam. Oleh itu kualiti air tidak sesuai untuk diminum, hanya untuk mencuci sahaja. Untuk air minum, mereka terpaksa beli air tapis dari mesin air layan diri.

Pada 29/8/2024, PERKIM telah bina satu telaga boring untuk keluarga ini, dengan kedalaman lebih 40 kaki.

Impak:

* air bersih sesuai untuk diminum dan juga mencuci

* jimat duit, tidak lagi perlu membeli air dari mesin air yang jauh dari rumah pula

Keluarga ini berjanji akan sentiasa mendoakan sesiapa sahaja telah menyumbang untuk telaga boring ini.

26 Aug 2024

Alhamdulillah, pada 24/8/2024, satu lagi telaga, iaitu telaga boring yang ketiga telah kami siapkan di Wakaf Bharu.

Keluarga asnaf ini tidak lagi perlu risau mengenai bekalan air kerana kini beliau hanya perlu petik suis air mengalir ke rumah beliau.

Terima kasih atas sumbangan anda, insya Allah kita terus bina telaga boring untuk membantu asnaf miskin mendapatkan bekalan air.

Sedekah terbaik adalah sedekah air. Letaklah walau 10 botol air minum di masjid atau surau, atau laluan musafir. Itu lebih baik dari membazir wang ke atas perkara tidak dianggap sedekah.

Nabi sebut dalam sebuah hadis dihasankan oleh Albaani, apabila ditanya sahabat: “Sedekah apa yang paling engkau sukai (wahai Rasulullah).” Jawab baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Sedekah air.” (HR. Abu Daud, no. 1679 dan An-Nasai, no. 3694; 3695; Ibnu Majah, no. 3684).

Ayuh teruskan sumbangan anda untuk kami membina lebih banyak telaga air boring untuk asnaf.

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 23, 2024
AITCH.AYU
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 23, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 23, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 23, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 23, 2024

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

BANTUAN PAKEJ PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI KEPADA PELAJAR TERPENCIL
INFAQ KOS PERUBATAN UNTUK SAUDARA WAN HARUL
Kempen Sumbangan Tamat