Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM190 / 1.27 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000
15 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Tahun ini diramalkan banjir besar akan berlaku pada hujung bulan November 2022. Ramalan serupa pernah diumumkan tahun-tahun sebelum ini namun ramai mengendahkannya. Kita belajar dari kesilapan lalu. Justeru itu, ayuh mari kita siap siaga dari sekarang!
Iltizam Relief Society akan bersiap siaga bermula sekarang dan antara bentuk sokongan kami perlukan dari rakyat Malaysia ialah bantuan dana. Kita tidak boleh tunggu telah berlaku banjir baru hendak menggerakkan bantuan. Seperti berlaku di Taman Sri Muda dan Hulu Langat tahun lalu, tiada siapa menjangka skala banjir dan begitu ramai menjadi mangsa banjir!
Gambar 1: Pada Disember 2021, pejabat Iltizam Relief sendiri telah banjir.
Banjir hujung tahun 2021 dan awal tahun 2022, telah ke hadapan memainkan peranan besar membantu mangsa-mangsa banjir termasuk bantuan ketika banjir dan pasca banjir di:
1) Selangor: Taman Sri Muda, Dengkil, Shah Alam dan Padang Jawa
2) Johor: Segamat
3) Pahang: Temerloh, Maran, Chenor
4) Terengganu: Kuala Telemung
5) Kelantan: Kuala Krai dan Pasir Mas
6) Baling, Kedah (terkini)
Kita di Taman Sri Muda dan Shah Alam banjir tahun, pejabat urusan Iltizam Relief juga tenggelam, namun demi membantu rakyat Malaysia kami tetap bangun dan membantu di 5 negeri seperti disebut di atas.
Antara bentuk bantuan telah diberi ialah dapur gas, tilam, toto, bantal, selimut dan barang makanan (kering) dan makanan siap dimakan. Ini semua kami mampu lakukan kerana adanya sokongan dermaawan seperti anda.
Kita lihat hari ini bagaimana Pakistan sedang bergelut dengan fenomena banjir terburuk dalam sejarah dalam keadaan mereka tidak bersedia!
Ayuh tuan/ puan, hulurkan sumbangan bagi kami siap siaga menghadapi kemungkinan banjir besar berlaku lagi tahun ini.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah, hasil sumbangan anda dan dana sedia ada, kami telah melakukan beberapa persediaan awal untuk membantu mangsa-mangsa banjir.
Bukan kita minta berlaku banjir, tetapi "menyediakan payung sebelum hujan".
Kita masih segar dalam ingatan bagaimana huru-hara penghujung tahun lalu dan awal tahun ini apabila tiba-tiba tempat yang jarang banjir dilanda bencana banjir besar.
Oleh itu, kali ini kita siap siaga awal.
Ayuh tuan / puan, tidak rugi kita menyumbang sedikit mungkin inilah saham akhirat kita nanti.
Bantu kami siap siaga banjir besar yang diramal berlaku. Semoga ini menjadi saham kita akhirat nanti.
PUZAINI BINTI MOHD YUNUS
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 07, 2022
NUR SHARIZA & MUHAMAD NOR AIZUDDIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 07, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 07, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 07, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 07, 2022