ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Oct 06, 2022

SUMBANGAN MAKANAN BUAT ROHINGYA DI KEM PELARIAN

RM1,235 / 24.70 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

35 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Tiada peluang pekerjaan di kem pelarian yang sesak, Jom bantu kami memberi makan kepada mereka yang amat diuji ini. Dermalah walaupun serendah rm 10. Semoga Allah berkati pinjaman ini. AmiinYRA.


Kisah kesengsaraan Rohingya semakin dilupakan masyarakat antarabangsa selepas peristiwa operasi tentera pada 2017 yang mengakibatkan kebanjiran beramai-ramai pelarian Rohingya ke Bangladesh dan negara jiran lain. Setelah 5 tahun menumpang berlindung di Bangladesh, nasib Rohingya masih lagi sama dan tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. 


Dalam satu hadis sahih, Abu Hurairah RA berkata: “Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW dan berkata: ‘Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya.” Baginda menjawab: “Kamu bersedekah ketika kamu dalam keadaan sihat dan kikir, takut menjadi fakir dan berangan-angan jadi orang kaya. Maka janganlah kamu menundanya hingga tiba nyawamu berada di halku."

(Hadis Riwayat Al-Bukhari)



Mereka masih lagi tinggal di kem-kem yang sesak dan padat dengan ancaman pelbagai wabak penyakit dan kekurangan makanan. Semakin ramai yang mengambil keputusan untuk meninggalkan Bangladesh dan mencari negara ketiga lain yang lebih menjamin kehidupan yang lebih baik. Malangnya ramai yang terkandas akibat bot yang dinaiki karam dan ramai juga yang meninggal dan terkubur di lautan. 

Mereka sanggup mengambil risiko dengan menggadaikan nyawa untuk mendapat kehidupan yang lebih baik. Ayuh para penyumbang yang dermawan kita sama-sama membantu mereka supaya mereka tidak mengambil jalan mudah dengan mempertaruhkan nyawa demi sesuap makanan.


Mereka dikecam, diusir dari kampung halaman. Ramai yang lari sehelai sepinggang. Keaddan memaksa mereka untuk tinggal dikem kem pelarian yang padat dan tidak selesa. Tiada peluang bercucuk tanam atau bekerja. Mereka hanya menanti dan berdoa untuk bantuan.



Kami mengajak semua untuk bersama kami menyantuni masyarakat Rohingya yang ditindas di negara sendiri. Hanya Allah dapat membalaskan amalan Tuan/Puan. Pengagihan akan dilakukan di Bangladesh, kem Balukhali dan Kutupalong.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Oct 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 06, 2022

Kempen Sumbangan Tamat