Perkim Bandar Tasik Puteri

Dimulakan pada Jun 07, 2022

RAYUAN DERMA UNTUK MELATIH MUALLAF SEMBELIHAN CARA HALAL

RM400 / 10.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,000

18 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini adalah untuk mengumpul dana untuk menjayakan kursus sembelihan haiwan cara halal untuk Mualaf.


Kami di PERKIM berazam untuk membimbing mualaf bukan sahaja dengan ilmu Fardu 'Ain, tetapi juga dengan ilmu Fardu Kifayah. Mualaf yang dibimbing oleh PERKIM Cawangan Bandar Tasik Puteri (PERKIM BTP) adalah terdiri 40% berasal dari Sabah dan Sarawak, 50% kaum India dan selebihnya kaum Cina serta warga asing.



Bersangkutan dengan ibadah korban yang akan menjelang, kami merasakan ini masa yang sesuai untuk melatih Mualaf dengan teori dan latihan praktikal cara sembelihan cara halal iaitu program Kursus Zabiha (sembelihan secara halal). Pendedahan ini amat penting khususnya untuk Mualaf yang terpaksa balik ke rumah keluarga di pedalaman dan ketika perayaan agama keluarga mereka, mereka akan terdedah kepada makanan khususnya daging yang tidak disembelih cara halal.


Melalui kursus ini, Mualaf akan diwajibkan untuk menyembelih paling kurang seekor ayam, dan juga diajarkan cara untuk mengenali ayam yang telah disembelih secara halal atau secara tidak halal. Diharapkan juga selepas kursus ini setiap Mualaf mampu memastikan apa sahaja majlis di pihak keluarga mereka maka daging yang dihidangkan adalah secara halal.



Kejayaan kursus yang julung kali diadakan ini amat bergantung dengan sumbangan tuan / puan yang dermawan. Selain mendedahkan dengan kursus yang jarang diadakan untuk Mualaf, kursus yang lain dari kebiasaan (Fardu Ain) boleh menyebabkan Mualaf rasa terhibur dan melihat Islam pada kaca mata yang menyeluruh. Jika sepanjang tahun hanya kelas Fardu 'Ain sahaja, mereka tidak berpeluang belajar ilmu lain dan merasa bosan.



Dana diperlukan untuk:

1) Membeli 40 ekor ayam hidup - untuk setiap Mualaf menyembelih paling kurang seekor ayam

2) 2 ekor kambing hidup

3) Kursus teori dan praktikal sembelihan

4) Melapah haiwan

5) Memasak dan mengagihkan daging yang telah dimasak ke rumah-rumah anak yatim dan kebajikan


Jurulatih kursus ini ialah Ustaz Eddyanto Sutirjo, mantan Imam 1 Masjid Bandar Tasik Puteri, berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Hadith dan Fiqh. Salah seorang tukang sembelih ketika ibadah korban. Kursus akan diadakan di Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang dengan sasaran peserta 40 orang Muallaf.



Oleh itu, ayuh tuan / puan bantulah kami untuk memastikan kelancaran program dan kursus yang dapat memberikan manfaat kepada para Mualaf. Semoga Allah memberikan kemurahan dan kemudahan rezeki kepada para penderma Sumbangan.com.


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 08, 2022

SAYFUL ISLAM BIN MAT

Menyumbang sebanyak RM30.00

Jun 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 08, 2022

Kempen Sumbangan Tamat