Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM3,937 / 39.37 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
204 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Awal lagi untuk Ramadhan, kenapa hendak infaq sekarang? Bacalah dulu!
Sejak tahun 2020, Ramadhan adalah agak mencabar bagi sebahagian rakyat negara kita. Pada tahun 2020 dan 2021, satu negara, malah satu dunia menghadapi tekanan disebabkan pandemik Covid-19. Kesannya hingga sekarang masih terasa bahangnya apabila inflasi mula menggigit ekonomi negara kita.
Tahun 2022 adalah tahun pemulihan, tiba-tiba meletus pula peperangan antara Rusia dan Ukraine menyebabkan harga minyak di pasaran melambung, begitu juga banyak barang asasi yang lain. Kini pada tahun 2023, kita perlu menghadapi inflasi dan suasana ekonomi yang tidak menentu. Barang asasi seperti telur ayam pun sukar diperolehi di pasar. Bagi orang miskin, khususnya yang tinggal di pedalaman dan pinggir bandar, mereka mungkin tidak faham apa itu inflasi tetapi mereka pasti faham harga barang semakin naik dan merekalah yang paling terkesan.
Bagi kita yang masih mampu, apakah kelainan yang hendak kita capai Ramadhan ini? Ramadhan adalah bulan Al-Quran dan bulan untuk bersedekah, bukan sekadar berpuasa tetapi madrasah melatih kita serba serbi.
Oleh itu, Pertubuhan Ceria Iltizam (Iltizam Relief Society) ingin mengajak anda supaya menghulurkan infaq Ramadhan anda sekarang kerana sumbangan anda ini akan kami sampaikan kepada penduduk miskin seboleh-bolehnya pada awal Ramadhan supaya mereka akan makan sahur dan berbuka puasa dengan makanan disumbangkan oleh anda dari awal Ramadhan. Antara tempat pedalaman yang ingin kami membantu tahun ini ialah:
1. Padang Terap dan Sik, di Kedah.
2. Beting Maro, Dearah Pusa, Sarawak.
3. Kampung Tanjung Kapur, Kampung Sebayan, Pulau Maridala and Pulau Logatton, di Kudat, Sabah.
4. Kampung Sumbiling Baru and Kampung Mentatap, di Keningau, Sabah.
Selain itu, kami juga akan menyantuni orang miskin di Selangor, khususnya yang amat terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang.
Anda akan memberi makan untuk 5,000 orang!
Ya, itulah sasaran dan impian kami untuk Ramadhan tahun ini. Ramadhan adalah bulan kita muhasabah diri, tunjuk rasa belas kasihan dan memberi, juga masa untuk keluarga dan masyarakat Islam di seluruh dunia. Apakah erti Ramadhan jika kita tidak memberi kepada yang memerlukannya?
“Sedekah yang paling utama adalah sedekah di bulan Ramadhan” (HR Tirmizi)
Lakukan sekarang dan dapatkan ganjaran berganda di bulan Ramadhan. Jangan tunggu Ramadhan untuk bersedekah. Sedekah anda sekarang membolehkan kami menyampaikan sumbangan di awal Ramadhan. Hal ini supaya mereka makan sahur dan iftar dengan makanan kita untuk sebulan. Jom menyumbang sekarang!
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
7/4/2023, Padang Terap, Kedah
"Harga barang naik, harga getah tidak stabil, cuaca tidak menentu, menoreh beberapa hari je sebulan, mana cukup?"
Itulah antara luahan hati penoreh getah di sini.
Bantuan makanan Sadaqah Ramadan anjuran Iltizam Relief adalah bersasar, antaranya penoreh getah.
Hari ini kami telah sampaikan bantuan untuk 200 keluarga penoreh getah di sini.
Terima kasih atas sumbangan anda semua.
Ramadan masih ada, sedekah dengan pahala berganda masih ada.
Minggu ini kami akan membantu penoreh getah di Kelantan pula.
Ayuh kita menyumbang seikhlas hati.
Sadaqah Ramadhan 1444H (Bil 001)
22/3/2023, Dengkil
Alhamdulillah, satu hari sebelum Ramadhan, insya Allah, pagi ini kami edarkan daging segar 2kg satu keluarga, beras 10kg, kurma dan lain-lain makanan untuk 100 keluarga B40 yang amat terjejas kerana inflasi dan kenaikan harga barang.
Alhamdulillah, hanya setengah jam habis semua barang dapat diagihkan. Daging segar yang diberikan mudah-mudahan akan menjadi lauk istimewa esok ketika berbuka puasa.
Untuk Malaysia, sasaran kami adalah untuk membantu minima 800 keluarga B40 asnaf miskin.
Kami mencari dana untuk minima lagi 700 keluarga di awal Ramadhan. Ya, di awal Ramadhan supaya Sadaqah Ramadhan kita digunakan untuk bersahur dan berbuka puasa sepanjang Ramadhan.
Ramadhan Al Mubarak, bulan penuh barokah.
Jom tambah barokah dengan bersedekah!
Sadaqah Ramadhan 1444H
Kemaskini: 21/3/2023
Program bantuan Sadaqah Ramadhan untuk Malaysia akan bermula esok untuk B40 miskin yang amat terjejas kerana inflasi dan berbagai faktor lain.
Iaitu, satu hari sebelum Ramadhan.
Kami akan berikan mereka beras, kurma, sardin daging lembu 2KG.
Anda masih boleh menyumbang dan insya Allah mereka akan masak untuk sahur dan berbuka puasa dengan bantuan kita ini di awal Ramadhan.
Nanti kita ada rezeki lebih, pertengahan atau hujung Ramadhan kita sedekah lagi.
Jom sedekah sekarang!
(Gambar: Persediaan untuk program esok, 2 ekor lembu disembelih)
Sadaqah Ramadhan 1444H
Kemaskini: 21/3/2023
Program bantuan Sadaqah Ramadhan untuk Malaysia akan bermula esok untuk B40 miskin yang amat terjejas kerana inflasi dan berbagai faktor lain.
Iaitu, satu hari sebelum Ramadhan.
Kami akan berikan mereka beras, kurma, sardin daging lembu 2KG.
Anda masih boleh menyumbang dan insya Allah mereka akan masak untuk sahur dan berbuka puasa dengan bantuan kita ini di awal Ramadhan.
Nanti kita ada rezeki lebih, pertengahan atau hujung Ramadhan kita sedekah lagi.
Jom sedekah sekarang!
(Gambar: Persediaan untuk program esok, 2 ekor lembu disembelih)
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Apr 01, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 01, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 01, 2023
MARDZIAH ARIF
Menyumbang sebanyak RM100.00
Apr 01, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 31, 2023