Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM15,018 / 100.12 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000
450 Penyumbang
Kempen Berjaya
Sedekah sekarang atau tunggu Ramadhan?
Assalamualaikum wbt. Sudah masuk Ramadhan barulah kita ramai-ramai mula menambah berbagai amalan termasuk sedekah Ramadhan. Tidak salah, itulah yang dianjurkan. Rugilah jika sudah Ramadhan tetapi amalannya sedikit.
Namun, NGO seperti PERKIM Bandar Tasik Puteri (PERKIM BTP) ini amat bergantung harap dengan sumbangan orang ramai untuk membawa muallaf dan asnaf mengejar bulan Ramadhan sama seperti kita semua yang lahir Islam atau telah lama Islam. Khususnya muallaf yang pertama kali akan berpuasa atau masih lemah dalam ilmu agama dan amal ibadah, akidah juga masih rapuh, di mana ramai pula daripada mereka yang miskin atau tiada kerja biasanya terpaksa berhenti kerana gangguan selepas memeluk Islam atau dipulaukan oleh keluarga kerana memeluk Islam.
Apa PERKIM BTP hendak buat?
Setiap tahun, kami menyediakan kemudahan, seperti barang dapur yang cukup untuk mereka bersahur dan berbuka dari 1 Ramadhan lagi. Juga kurma, cukup untuk iftar sebulan. PERKIM BTP juga akan bersahur, berpuasa, berbuka puasa serta solat tarawih bersama para muallaf dan asnaf. Ini satu bentuk bimbingan praktikal dilaksanakan setiap tahun.
Berikut adalah beberapa perancangan kami untuk Ramadhan tahun ini pada 19 Mac 2023 akan diadakan ceramah khas persediaan menyambut Ramadhan, disampaikan bekas Qadi Daerah dan memberi sumbangan barang dapur, kurma serta telekung dan sejadah kepada semua muallaf yang akan menyertai solat Tarawih berjemaah di PERKIM BTP.
Bermula Ramadhan, kami akan berbuka puasa bersama muallaf dan asnaf, solat Maghrib, Isyak dan tarawih berjemaah di PERKIM BTP sambil memberikan penerangan praktikal mengenai solat fardu dan solat tarawih serta tazkirah Ramadhan. Selain iftar, moreh juga akan disajikan untuk semua muallaf dan asnaf serta petugas PERKIM dan imam yang akan bimbing solat. pada 16 April 2023, muallaf miskin yang pertama kali akan menyambut hari raya akan dibawa untuk membeli baju raya termasuk anak-anak mereka. Anggaran seorang adalah RM250.
Pada 19 April 2023 akan diadakan ceramah khas adab-adab menyambut Hari Raya Aidilfitri oleh ustaz jemputan dan memberi sumbangan hari raya kepada muallaf dan asnaf. Kemudian, pada 1 syawal akan diadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan rumah terbuka di mana muallaf yang tiada keluarga akan menyambut hari raya dengan tetamu-tetamu jemputan.
Muallaf sambut raya seorang diri?
Tahukah anda, ramai muallaf berhari raya seorang diri, dalam bilik sewa. Mereka tiada siapa untuk menyambut Hari Raya di kampung kerana keluarga mereka belum Islam. Jika bujang, amatlah terasa sedih pada hari lebaran, padahal kita dituntut bergembira pada hari lebaran. Kita adalah keluarga Islam mereka, bukankah begitu?
Kita yang sudah lama Islam sendiri tahu bahawa kita nampak keindahan Islam itu khususnya di bulan Ramadhan. Masjid dan surau akan penuh melimpah, tiba-tiba masjid dan surau 'hidup' dengan pelbagai aktiviti. Umat Islam pula amat pemurah di bulan ini. Jangan kita biarkan muallaf kecewa dengan Islam!
Bagi kebanyakan muallaf, Ramadhan adalah amat menggerunkan. Ini kerana, mereka perlu berpuasa, sesuatu yang tidak pernah mereka merasai ketika belum Islam. Ramadhan juga menyedihkan kerana akan bersahur seorang diri dan berbuka puasa seorang diri. Jika yang satu keluarga memeluk Islam, alhamdulillah, lebih meriah Ramadhan dan Hari Raya mereka namun mereka perlu bimbingan dan didampingi selalu.
Biarlah mereka merasai keindahan Islam itu sama seperti kita. Kata orang putih, first impression mengenai Islam yang menarik dan menghiburkan mereka sehingga mereka lupa susahnya untuk berpuasa. Permulaan pengIslaman mereka adakala pahit, mereka diancam atau dipulaukan. Ada yang dipaksa berhenti kerja. Tetapi apabila umat Islam menunjukkan persaudaraan sebenar dengan membantu mereka, pahit itu menjadi satu pengalaman yang indah.
Buat pengetahuan anda semua, mereka tidak pernah rasa persaudaraan dalam agama lama mereka. Persaudaraan ini hanya wujud dalam Islam. Surah Al-Hujurat, 49:10 adalah dalilnya. Kenapa tidak tunggu 1 Ramadhan untuk bersedekah?
Apabila masuk Ramadhan, Nabi SAW bertambah lagi pemurah. Ini menunjukkan, Nabi SAW banyak bersedekah di luar Ramadhan juga.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamualaikum, rangkuman aktiviti PERKIM BTP sepanjang Ramadhan 1444H. Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang.
Jangan lupa Sedekah Jumaat hari ini juga adalah Sedekah Ramadhan dan gandakan sedekah anda dengan berwakaf tunai!
Alhamdulillah, sepanjang 10 hari terakhir Ramadan ini, PERKIM BTP terus menyantuni anak-anak yatim dan kurang bernasib baik dengan makanan iftar, termasuk penjaga dua buah rumah anak yatim di sekitar Rawang.
Seramai 105 orang kanak-kanak dan dewasa mendapat manfaat.
Terima kasih sekali lagi para penyumbang.
15/4/2023, Kampung Orang Asli Hulu Kuang, Gombak
Alhamdulillah, pada petangnya PERKIM BTP telah mengadakan program bersama 15 keluarga Muallaf, atau hampir 100 orang Muallaf Orang Asli serta anak-anak mereka telah diraikan dengan Majlis Berbuka Puasa bersama mereka.
Juga telah diadakan tazkirah yang disampaikan oleh pengerusi PERKIM BTP.
Juga solat maghrib berjemaah.
Kemudian telah disampaikan sumbangan barang dapur dan duit raya. Keseluruhan program ini telah berlangsung amat meriah.
Antara tujuan program ini adalah ramah mesra serta menggalakkan para Muallaf ini supaya menghadiri kelas fardu ain yang bakal diadakan semula atas initiatif PERKIM BTP.
Diharapkan sangat anda akan menyokong program ini.
15/4/2023, Darul Fitrah, PERKIM BTP
Pagi ini telah diadakan ceramah khas kepada Muallaf dan juga asnaf miskin terpilih mengenai Adab-Adab Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ceramah telah disampaikan oleh Ybhg Ustaz Zainal Abidin Sulaiman, mantan Qadi Gombak.
Sejurus selepas itu, telah diadakan penyampaian sumbangan hari raya dan juga barang dapur serta satu sejadah sandar kepada Muallaf dan Asnaf yang hadir.
Terima kasih atas sumbangan anda.
Semoga Allah terima puasa anda dan segala amalan anda serta doa anda.
Alhamdulillah, bantuan makanan untuk Muallaf. Kebanyakkan Muallaf yang rajin hadir kelas dan solat tarawih adalah juga asnaf miskin. Sumbangan anda sedikit sebanyak membantu kami menyantuni Muallaf dan jaga kebajikan mereka khususnya ketika mereka kecemasan.
Ketika agama lama dulu, mereka tiada bantuan dan perhatian seperti ini. Alhamdulillah, ini beza Islam dan orang Islam berbanding dengan kepercayaan dan penganut agama lain.
Terima kasih sumbangan anda.
Jom buru lailatul qadar dengan sedekah pecutan terakhir.
MRZ
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 01, 2023
AMIR HASAN
Menyumbang sebanyak RM50.00
Apr 01, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 01, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 01, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Apr 01, 2023