Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM9,503 / 47.52 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000
392 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Pada tahun 2022, setakat Julai 2022 hanya 3 orang telah memeluk Islam melalui PERKIM Cawangan BTP (PERKIM BTP), alhamdulillah. Selain itu, 2 orang lagi yang telah murtad telah dipulihkan akidah mereka dan kini telah kembali ke agama fitrah.
Gambar di atas - Pesuruhjaya Sumpah didatangkan ke PERKIM BTP untuk mualaf mengangkat sumpah menyatakan mereka telah memeluk Islam dan seterusnya ke JPN untuk proses menukar kad pengenalan. Pesuruhjaya Sumpah ini dibayar oleh PERKIM BTP.
Kini 39 orang Mualaf mengikuti kelas-kelas bimbingan dan setiap bulan angka ini terus bertambah. Mualaf juga dibantu dari A-Z selepas memeluk Islam, termasuk memastikan mereka segera angkat sumpah untuk mendaftar status pengIslaman di JPN dan menukar kad pengenalan, membuka akaun bank bagi memudahkan pemberian bantuan. PERKIM BTP juga menyewa van / kereta untuk ambil mualaf-mualaf yang tinggal jauh dan tiada kenderaan untuk memastikan tiada alasan untuk hadir ke kelas-kelas bimbingan. Inilah antara perbelanjaan terbesar PERKIM BTP.
Kami difahamkan oleh MAIS, terdapat ramai lagi yang memohon untuk murtad di kawasan Rawang dan meminta PERKIM BTP untuk membantu sentiasa menyantuni dan memberi khidmat kaunselling kepada mereka. Selain itu, inflasi telah menyebabkan ramai Asnaf B40 dan Muallaf B40 yang terjejas. Kami di PERKIM BTP selalu dihujani dengan berbagai permintaan untuk bantuan.
Gambar di atas - Menziarahi dan meyantuni salah seorang anak keluarga ini yang baru kembali ke agama fitrah setelah istihar murtad.
Mungkin disebabkan inflasi juga, sumbangan untuk PERKIM BTP agak berkurangan dan dana kami juga amat kritikal. Namun kerja-kerja dakwah perlu terus disuburkan, kerja-kerja kebajikan perlu diteruskan, dan kerja-kerja tarbiyah juga perlu diperbanyakkan.
Jika kita alpa, seorang mungkin memeluk Islam hari ini, pada masa yang sama 3 orang mungkin memohon untuk keluar dari Islam! Nauzubillah! Kami di peringkat cawangan PERKIM, bergantung penuh kepada sumbangan orang ramai untuk terus berdakwah dan melaksanakan amal kebajikan. Ayuh, menyumbang seikhlas hati! Kami amat-amat memerlukan sumbangan anda sekarang! Berbagai aktiviti akan tertangguh tanpa dana segera! Semoga Allah memberi kemurahan rezeki kepada semua penyumbang.
Gambar di atas - Begitu juga dakwah kepada non-muslim yang berkunjung ke PERKIM BTP dan memeluk Islam, ada yang tidak memeluk Islam tetapi ingin berfikir terlebih dahulu.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah, pada 8/7/2023, bertempat di pejabat PERKIM BTP, seorang lagi hamba Allah telah kembali ke agama fitrah.
Sudah lama sebenarnya beliau menaruh harapan untuk memeluk Islam, sehingga diberitahu oleh seorang imam Surau bahawa boleh pergi ke PERKIM BTP, mereka boleh membantu.
Setelah dipastikan bahawa beliau dengan penuh sukarela ingin memeluk Islam, beliau telahd disyahadahkan dan mengisi borang pendaftaran sebagai saudara baru.
PERKIM adalah salah sebuah NGO yang diberikan kebenaran untuk mendaftarkan pengIslaman, bukan sahaja setakat dakwah dan syahadahkan seseorang. Kelebihannya ialah kami boleh syahadahkan dan rekodkan pengIslaman 7 hari seminggu, bukan ikut waktu pejabat sahaja.
Tetapi, PERKIM BTP menjalankan aktiviti termasuk dakwah, syahadah dan pendaftaran pengIslaman serta susulan dari itu iaitu bimbingan dan menjaga kebajikan muallaf, hanya bergantung 100% dari sokongan orang ramai.
Ayuh tuan / puan, tolong kami untuk terus berdakwah dan bersedia menerima sesiapa ingin memeluk Islam tidak kira hari dan masa.
Muallaf juga dipastikan mereka tidak rasa terpinggir dan bersendirian menyambut hari raya. PERKIM menganjurkan konsep muallaf masa makanan tradisi dan hidangkan kepada orang ramai untuk majlis rumah terbuka.
Terima kasih atas sokongan anda semua.
PERKIM BTP amat bergantung penuh dengan sokongan anda.
Jom bantu suburkan dakwah dan kebajikan ummah bersama PERKIM BTP.
Assalamualaikum, rangkuman aktiviti PERKIM BTP sepanjang Ramadhan 1444H. Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang.
Jangan lupa Sedekah Jumaat hari ini juga adalah Sedekah Ramadhan dan gandakan sedekah anda dengan berwakaf tunai!
Saksikan video program ramah mesra bersama 15 keluarga Muallaf Orang Asli (hampir 100 orang dewasa dan kanak-kanak ke semuanya). Turut diadakan tazkirah, persembahan kanak-kanak, iftar, Solat Maghrib berjemaah, makan malam, dan sumbangan Ramadan dan Hari Raya.
Insya Allah, dengan sokongan anda, PERKIM BTP akan mulakan Kelas Fardu Ain Muallaf Orang Asli bermula Mei 2023.
Mohon sokongan dan sumbangan anda semua.
Anda menyumbang sekarang, anda juga dapat ganjaran sedakah Ramadan.
3//2023, Alhamdulillah, hari ini menyampaikan kurma untuk Kg Orang Asli Hulu Kuang yang diterima oleh wakil dari Kg tersebut. Di kampung ini penduduknya 70% sudah Islam namun pengajian untuk Muallaf di sini terhenti sejak 2 tahun.
Turut hadir ialah Ustaz Faris, yang akan menjadi tenaga pengajar PERKIM BTP di Kg Orang Asli.
Turut dibincangkan dalam pertemuan di Darul Fitrah, PERKIM BTP ini ialah pelaksanaan aktiviti Ramadhan.
Insya Allah, dengan sokongan dan doa anda, PERKIM BTP akan menghidupkan kembali kelas fardu ain muallaf di sini.
Kami amat memerlukan sokongan anda.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 06, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 06, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 05, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 05, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Aug 05, 2022