Beribu-ribu mangsa banjir Pantai Timur dipindahkan!
Musim tengkujuh Monsun Timur Laut (MTL) sudah bermula, di sana sini telah pun banjir. Musibah kali ini juga melibatkan tanah runtuh sehingga tragedi mengorbankan banyak nyawa seperti di Batang Kali. Terkini, banjir di tiga negeri Pantai Timur dikatakan semakin memburuk. Hospital, sekolah, rumah-rumah serta jalan-jalan utama semuanya banjir.

Ramai terperangkap di rumah perlu dipindahkan dengan selamat ke pusat perlindungan sementara. Untuk mereka, kami sediakan kit kebersihan (sabun, berus gigi dll), air botol, snek pek dan lain-lain. Dengan dana yang sedia ada, kami telah pun menyediakan 500 set dan bersedia digerakkan bila-bila masa. Namun, buat masa sekarang mangsa terus meningkat.

Ramai yang terperangkap di rumah tetapi tidak perlu berpindah atau tidak mahu pindah kerana rumah dibina tinggi. Ini yang menjadi fokus bantuan kami. Kami akan memberikan bantuan makanan untuk mereka masak dan makan. Kami memerlukan dana yang besar untuk bantuan ini yang memerlukan sokongan logistik dan sukarelawan.
“Barangsiapa yang membantu seorang Muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan membantunya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang Muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat.” (Riwayat Muslim No. 2699)
Kini, saudara kita di Malaysia memerlukan pertolongan kita. Ayuh, bantu dengan derma kilat sekarang!
Jom #BuatBaik!

BANTUAN BANJIR PAHANG
9/3/2023, Keratong, Pahang
Alhamdulillah, 160 snack packs yang kami kirimkan telah selamat sampai untuk mangsa banjir di PPS di sini.
Terima kasih atas sokongan anda.
Jangan tanya mana ada banjir, ramalan kaji cuaca menjangka hujan lebat sehingga hujung bulan Mac ini.
Kita "sediakan payung sebelum hujan", kalau tidak hujan pun payung sudah ada jika hujan hari lain.
Siapa sangka Johor akan kena banjir besar kali kedua tahun ini?

Pantai Timur tidak banjir? Pahang juga pantai timur.
Sebenarnya kebanyakkan ramalan cuaca baru-baru ini adalah tepat, dengan izin Allah.
Berdasarkan ramalan ini juga NGO bersiap siaga untuk membantu dan memerlukan dana untuk itu.
Jom kita bantu seikhlas hati.

31/1/2023, Kluang, Johor.
Selama 2 hari ILTIZAM RELIEF berada di sini bagi mengedarkan bantuan untuk mangsa banjir. Hari ini insya Allah akan diedarkan bantuan ke 3 kampung, termasuk kampung Orang Asli. Jumlah keseluruhan bantuan adalah untuk 300 keluarga.
Terima kasih ATM, Bomba dan APM yang menyediakan begitu ramai anggota dan asset untuk membantu operasi bantuan ini.
Alhamdulillah, dengan adanya sumbangan dari anda semua walaupun ada yang bertanya "mana ada banjir" namun sebenarnya ramalan-ramalan cuaca sentiasa diikuti oleh NGO untuk memastikan kami bersiap siaga seperti kata pepatah "sediakan payung sebelum hujan". Bukan kita minta, tapi ramalan nampaknya tepat apabila banjir pula Johor, termasuk pantai timurnya seperti di Mersing.
Apa pun, termasuk kasih semua penyumbang.

28/12/2022, alhamdulillah ILTIZAM selesai memberi bantuan untuk 300 mangsa banjir di Pasir Putih.
Terima kasih atas sumbangan anda semua.

21/12/2022: Alhamdulillah, Misi 1 Bantuan Banjir Pantai Timur:
1) Kuala Telemung:
200 tikar
200 selimut
200 baldi
200 kit kebersihan
216 botol air
2) Dapur Iltizam : Insya Allah di Kok Lanas. Akan dikemas kini.
Setakat itu Misi 1 mengikut dana yang ada.
Ayuh kita menyumbang!

21/12/2022, Bukit Jelutong, Shah Alam. Tempahan kami untuk 200 tikar dan 200 selimut telah sampai. Kami akan hantar ke Kuala Telemung, Terengganu hari ini bersama 200 baldi, 200 set kebersihan, 216 botol air minum.
Insya Allah, kami juga akan membantu dapur rakyat untuk mangsa banjir Kelantan di mana kami bersama rakan tempatan akan masak untuk 2,000 pek makanan satu hari, iaitu 1,000 untuk makan tengah hari dan 1,000 untuk makan malam. Dana besar amat diperlukan.
Kami merayu sumbangan anda semua.
Semoga Allah menggantikan sumbangan anda dengan harta yang lebih baik lagi barokah.
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini