Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
PERSATUAN KEBAJIKAN PRIHATIN RAKYAT BATU PAHAT
Dimulakan pada Aug 02, 2022
RM900 / 30.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
60 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum. Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
Bersempena dengan 10 Muharram 1444 Hijrah bersamaan dengan 8 Ogos 2022 iaitu hari Isnin, Pihak Persatuan Kebajikan Prihatin Rakyat dengan ini mengambil sedikit inisiatif dalam menyambut dan meraikan hari ini dengan menganjurkan aktiviti bubur Asyura.
Pihak Persatuan membuka ruang kepada semua Insan diluar sana untuk turut sama dengan persatuan dalam berkongsi rasa dan rezeki kepada masyarakat, para pelajar, serta komuniti setempat menerusi Program Infaq Hibah - Program Bubur Asyura. Semoga menerusi hibah yang kita salurkan ini dapar dirasai oleh lebih ramai insan diluar sana, dan setiap suapan yang dirasai menerusi sumbangan kita, Allah gantikan dengan ganjaran yang tidak terkira.
Peristiwa Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s., Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam. Nabi s.a.w. bertanya apa yang yang mereka lakukan? Orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka. Maka Musa berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. (Riwayat Bukhari).
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM15.00
Aug 04, 2022
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM25.00
Aug 04, 2022
MARLIAH MUSTAPA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 04, 2022
ROMY AZHAR BIN ABDUL RAHIM
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 04, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM15.00
Aug 04, 2022